Followers

Monday, March 29, 2010

Contest : $50 cash to your paypal Account

Hello everybody !!!

Do you need money? Raja Kamil Dot Com can give you. Just read through this post.

This is easy money !!!

What you have to do is, just copy paste of this quote. (make sure all link is work)

I just enter a contest entitle “$50 cash to your paypal Account” at my friend’s blog,
RajaKamil.com. He is the owner of www.EAsqueeze.com which sell a tool to build
instant squeeze page in less than 15 minutes. If you want to join this contest, please
visit him at RajaKamil.com for more information.

Here how you can win this contest :

1) Copy the quote above on your blog (post)
2) Make sure all the link is work as the quote itself – there are 3 links
3) Comment to this contest URL CLICK HERE
4) You can enter this contest as many you want. But, just make it is different blog
5) Winner will be selected randomly
6) Contest end at 30 April 2010


Contest : $50 cash to your paypal Account - fadhilahmj.blogspot.com

Baca Selanjutnya......

Wednesday, March 24, 2010

Kak Long (Siti Farah Mohd Jainal) Sumber Inspirasiku

Aku rasa bangga sangat bila tengok kak long (Siti Farah) masuk paper Harian Metro hari ni.. Jadi aku pun bercita-cita nak berjaya sepertinya.. InsyaAllah aku pun pun boleh berjaya. Doakan adik ya kak long.. :)

Tetap Matlamat 5 Tahun Bekerja


Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
2010/03/24


WANITA sering dipandang rendah serta dikatakan tidak mampu memikul tanggungjawab penting di tempat kerja.

foto Siti Farah bersama suami, Asyaharaff di samping tiga anak mereka

BAHAGIA...Siti Farah bersama suami, Asyaharaff di samping tiga anak mereka.
Walaupun wanita itu berkemampuan, ada beranggapan mereka masih punya sifat lemah lembut serta tiada daya saing seperti lelaki. Tanggapan ini diberikan mungkin kerana pandangan streotaip yang mengatakan wanita lebih layak di rumah menguruskan keluarga.

Namun Siti Farah Mohd Jainal, 33, membuktikan dia mampu menjadi ibu serta isteri yang baik. Malah di tempat kerja, dia diberi tanggungjawab memegang jawatan kedua terpenting di sebuah syarikat kewangan di Subang.

Jika dilihat pada zahirnya, tiada apa yang istimewa pada wanita ini yang mempunyai tiga anak hasil perkongsian dengan suami tercinta, Asyharaff Ahmad, 33. Dia juga sama seperti wanita lain, bekerja dan pada masa sama menjadi ibu kepada Ain'Nur Batrisyia, 9, Amirul Irfan, 6, dan Adriana Khaleesyah, 2.

Di rumah dia menguruskan keluarga, membasuh, memasak, menjaga anak serta memastikan pendidikan mereka terjaga. Tetapi apabila di pejabat, serta-merta dia bertukar menjadi ketua yang penuh dedikasi serta berdisiplin menjalankan tugas.

Selama 12 tahun menjadi pengurus bahagian pinjaman peribadi di sebuah syarikat kewangan bukanlah semudah disangka. Dia terpaksa berkorban masa serta tenaga bagi memastikan semua kerja berjalan lancar dan dapat menyelesaikan tugas mengikut waktunya.

"Saya memulakan tugas dari bawah, memegang jawatan kerani hanya berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ketika itu saya baru berusia 19 tahun.

"Namun, semangat saya kuat bagi memastikan apa yang diimpikan tercapai. Saya menetapkan matlamat setiap tahun dan berusaha mencapainya," kata Farah.

Oleh kerana tiada sijil dalam bidang pengurusan, Farah tekad menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan secara sambilan.

Selepas menamatkan pengajian, dia dinaikkan pangkat sebagai penyelia. Kemudian tidak sampai lima tahun, melihat kesungguhan serta dedikasi ditunjukkan dia dilantik sebagai pengurus bahagian pinjaman peribadi.

"Setiap apa yang saya lakukan, saya buat dengan bersungguh-sungguh. Saya juga menetapkan matlamat sepanjang lima tahun bekerja dan bersungguh-sungguh mencapainya. Alhamdulillah tidak sampai lima tahun saya berjaya menjadi pengurus," katanya.

Menurut Farah, kecekalan dan semangat yang dimilikinya mungkin disebabkan dia dilahirkan sebagai anak sulung enam beradik. Jadi dia mahu membuktikan kepada adik-beradik lain dia boleh berjaya.

"Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana. Namun melihat pengorbanan ibu dan bapa, saya berazam memberikan yang terbaik kepada mereka," katanya.

Farah bersyukur dikurnia suami yang sangat memahami. Dalam kesibukan di pejabat, suami melakukan tugas isteri di rumah seperti menguruskan anak, memasak dan mengemas rumah.

"Bayangkan saya bekerja melebihi lapan jam sehari kemudian pulang ke rumah sekitar jam 9 malam, tentu menyukarkan saya jika suami tidak membantu. Saya seorang yang sangat teliti jadi mahu memastikan semua kerja dilakukan dengan sempurna.

"Pada masa sama, saya tidak mahu membiarkan anak kurang perhatian serta kasih sayang. Jadi tanggungjawab menguruskan keluarga saya lakukan berdua dengan suami," katanya.

Melihat perwatakannya yang lemah-lembut, di pejabat Farah ketua yang mudah didekati serta tegas bekerja. Menguruskan 18 pekerja dengan pelbagai kerenah memerlukan dia bersikap sabar, berhemah serta bertolak ansur.

"Saya tidak mahu dilabel sebagai ketua yang garang sebaliknya memilih sikap bertolak ansur. Saya mahu anak buah memberikan pendapat.

"Ini kerana ketua tidak semestinya betul, saya perlu mendengar pendapat pekerja bawahan agar dapat memperbetulkan kesilapan," katanya.

Kejayaan paling membanggakan apabila menerima anugerah Pekerja Cemerlang pada 2001. Pada 2006, dia bersama pekerja bawahannya berpeluang melancong ke Hong Kong kerana berjaya mengumpul kutipan melebihi sasaran, manakala pada 2007 kumpulannya berpeluang melancong ke Jepun.

Untuk berjaya seperti sekarang, Farah berpegang kepada dua perkara iaitu disiplin dan tidak berputus asa.

"Walau bagaimana bijak sekalipun, tanpa disiplin tidak akan ke mana. Selain itu jangan berputus asa jika tidak dinaikkan pangkat walaupun sudah membuktikan kepada ketua.

"Mungkin belum masanya atau ketua mahu menilai keikhlasan serta ketulusan bekerja, jadi bekerjalah dengan bersungguh-sungguh kerana kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha gigih," katanya.

Selepas memperoleh anak ketiga, Farah pernah terfikir menjadi suri rumah sepenuh masa bagi memberi perhatian kepada anak-anak.

Namun, hasrat itu terpaksa dibatalkan disebabkan rasa rindu dalam bidang pekerjaan. Tambah pula selepas 12 tahun, dia ditawarkan jawatan lebih baik dengan gaji lebih tinggi.

"Memang saya sayangkan jawatan terdahulu sebagai pengurus, namun harus mengorak langkah menimba pengalaman di syarikat kewangan berbeza.

"Saya percaya kepelbagaian pengalaman ini menjadikan kita ketua yang lebih baik pada masa akan datang," katanya yang kini bertugas sebagai penolong timbalan pengarah di sebuah syarikat kewangan di Subang, Selangor.

Baca Selanjutnya......

Thursday, March 18, 2010

Gigi Palsu Penjaga Gol Tertanggal









Alamak, tertanggal lah pulak..wakakaka..


fadhilahmj.blogspot.com

Baca Selanjutnya......