Followers

Sunday, September 26, 2010

Sohaimi Mior Hassan feat Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran (Download Mp3 & Lirik)

foto Sohaimi Mior Hassan feat Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran

Sohaimi Mior Hassan feat Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran (Download Mp3 dan Lirik)

fadhilahmj.blogspot.com - Lagu baru "Sohaimi Mior Hassan feat Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran" memang sedap untuk didengar.

Banyak mesej yang disampaikan melalui lirik lagu ini. apapun, selamat mendengar!


Lirik Lagu - Sohaimi Mior Hassan - Kalau Berpacaran

(Sohaimi Mior Hassan)
Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

(Korus)
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

(Ana Raffali)
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihku disambar buaya

(ulang Korus)

(Altimet)
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga ha ha ha
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

(Ulang Korus)

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
bertambah sayang (nanti konfirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)



Sohaimi Mior Hassan feat Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran

DOWNLOAD MP3 VIA 4SHARED

Baca Selanjutnya......

Friday, September 3, 2010

M.Nasir & Salih Yaacob - Pening Raya

foto M.Nasir & Salih Yaacob - Pening Raya


M.Nasir & Salih Yaacob - Pening Raya (Download Mp3 & Lirik)

fadhilahmj.blogspot.com - M.Nasir berduet dengan Salih Yaacob menerusi lagu raya terbaru yang berjudul "Pening Raya".

Siapa tak kenal dengan hasil karya M.Nasir dalam mencipta lagu. Setiap lagu yang diciptanya pasti akan menggegar.

Apabila berduet pula dengan Salih Yaacob yang terkenal dengan celoteh lucunya, sudah pasti ianya akan menjadi tarikan dalam lagu ini.

Apapun, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin.

Jadi apa ditunggu lagi, segeralah dengarkan lagu ini, 'M.Nasir & Salih Yaacob - Pening Raya'


Lirik Lagu - M.Nasir & Salih Yaacob - Pening Raya

Salih : Eh Nasir tolong aku

M.Nasir : Tolong apa?
Salih : La Marilah tolong aku kejap..
Aku pening lah

M.Nasir : Pening?

Salih : Kau Boleh tolong tak?

M.Nasir : Apa yang kau nak?

Salih : Apa dia? Tak dengar..

M.Nasir : Eh Salih apa yang kau fikirkan
Kau macam orang tak keruan
Mahluk mana yang terlepas
Kacau kau di pagi Raya?
Tak mungkin semalam kau mimpi
Dipatuk ular lagi....

Salih : Hai Nasir ku tak mimpi apa
Cuma bila sampai Hari Raya
Hai pening aku runsing
Menghadapi semua
Kocek tak penuh betul-betul
Banyak ubi keledek
Biar aku cangkul

M.Nasir : Aku pohon kau terima
Hari ini Hari Raya
Bukan mesti
banyak belanja
Kita sederhana saja
Jangan pening, jangan runsing
Jangan
pening (x3)

Salih : Macam mana ku tak pening
Hutang yang dulu masih lagi ada duduk keliling
Sedang menjeling
Mana kuih, mana baju
Mana langsir dan pinggan mangkuk
Dan juga kereta baru
Kantoi Aku

M.Nasir : Mana dulu didulukan
Yang mudah dipermudahkan
Baru semua berkenan

Salih : Kalau begitu carannya baru aku terima

Nasir & Salih : Semuanya dah sedia

Salih : Tiba sudah Hari Raya
Mari kita bergembira

M.Nasir & Salih : Jangan pening
Taknak pening
Buat pe pening
Usah pening
Pening (x2)
Jangan pening
Pening (x3)


M.Nasir & Salih Yaacob - Pening Raya

DOWNLOAD VIA 4SHARED


Youtube - M.Nasir & Salih Yaacob - Pening Raya



Baca Selanjutnya......

Wednesday, August 25, 2010

Video Lukisan Tangan



Power Beb!!!

Baca Selanjutnya......

Tuesday, August 24, 2010

Bayar Zakat Fitrah


fadhilahmj.blogspot.com - minggu lepas aku bersama hubby pergi berbelanja barang rumah di Tesco Bandar Seri Alam, Masai. dah banyak barang masak memasak aku di rumah yang dah nak habis. jadi nak tak nak terpaksa juga lah pergi barang keperluan rumah. kalau tak, nak makan apa masa sahur dan berbuka nanti.

dah lah hubby aku ni tak suka makan luar. nak juga aku yang masak. masa bujang dulu selalu je dia makan luar. lepas dah kawin ni, minum air kat kedai pun dah tak nak. semua nak aku yang buatkan untuk dia. manja sangat dia kat aku ni.. hihihi..

aku pun bila dah hubby suka makan apa aje yang aku buat, lagilah semangat aku nak masakkan untuk dia. lagipun dia tak cerewet, cuma sambal belacan je lah yang dia tak bagi aku buat lagi. darah tinggi dia naik bila makan sambal belacan. Doktor pun dah pesan kat aku supaya jangan makan sambal belacan lagi. tak baik untuk kesihatan katanya.


aku pergi Tesco hari tu dah tengah2 malam. kul 11.30 malam rasanya. siap-siap belanja dah nak kul 12 tgh malam. hubby aku pula cakap nak bayar zakat fitrah. dia cakap ni lah kali pertama dalam hidup dia bayar zakat sebab sebelum ni papa dia yang bayarkan untuk dia. jadi masa nak bayar barang tu, dia pergi bayar zakat kat amil disitu. hubby aku cakap, amil tu Imam Besar Masai dan juga bekas guru agamanya waktu di Sekolah Agama As-Syakirin Masai. Husin Bin Mohd Nor namanya.

masa on the way balik rumah, hubby aku happy sangat. tersenyum bayar zakat fitrah agaknya. hihi..
**untuk makluman, kadar bayaran zakat fitrah untuk negeri Johor tahun 2010 ni adalah RM7.50 untuk seorang.

Baca Selanjutnya......