Followers

Thursday, April 22, 2010

Jagalah Tujuh Sunnah Rasulullah

foto Jagalah Tujuh Sunnah Rasulullah


Pertama:
Tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.

Kedua:
Membaca al-Quran sebelum terbit matahari. Alangkah indahnya, sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata melihat dan membaca al-Quran dengan penuh pemahaman.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun. langkahkan kaki ke masjid kerana masjid pusat keberkahan.

Keempat:
Jaga solat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam:
Jaga wudhu’ terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap hari. Dengan istighfar, masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

No comments: