Tuesday, June 22, 2010
Perlukah Isteri Tetap Bekerja?
fadhilahmj.blogspot.com - Kebanyakan lelaki tidak mengizinkan isterinya bekerja bila telah berkahwin. Para suami ingin isterinya mengurus rumah tangga dan anak-anak. Sebenarnya apakah alasan yang menyebabkan para suami tak mengizinkan isteri bekerja ? Alasan sebenarnya juga tidak dapat diketahui dengan pasti bahkan para suami pun tidak mengetahui alasan yang menyebabkan mereka melarang isterinya bekerja.
Alasan yang pasti adalah kaum lelaki tidak ingin harga dirinya jatuh apabila membiarkan isterinya turut mencari nafkah juga. Orang lain pasti akan melabelkan dirinya tidak mampu membiayai keluarganya sehingga meminta isteri untuk turut bekerja.
Isteri yang bekerja juga kadangkala menyusahkan seorang suami. Apalagi bila pendapatan isteri lebih besar dari suami. Pada masa itu mungkin tanpa disedari, sang istri kurang menghargai suaminya bahkan di depan anak-anak. Contohnya: Ahmad yang akan akan menyambut hari jadi yang ke 5, meminta dibelikan kereta mainan remote control sebagai hadiah hari jadinya, tetapi kerana pendapatan suami terbatas ia mengatakan pada anaknya agar ditukar dengan mainan lain. Tapi kerana dia masih kecil seringkali egonya lebih tinggi dan mula menangis. Ibu yang tidak sampai hati melihat anaknya menangis, mengabulkan permintaan anaknya tersebut dan membayarnya dengan gajinya.
Sudah tentu suami merasakan dirinya direndahkan di hadapan anak-anak. Mungkin pada isteri perkara tersebut tidak menjadi masalah, dan dia merasa tidak menghina suaminya. Maka mulalah timbul konflik diantara mereka.
Seorang suami sangatlah memerlukan penghargaan akan kemampuannya sebagai tulang belakang keluarga. Ia melihat bapanya sebagai contoh orang yang berjaya menyara keluarga. Seorang suami juga khawatir bila isteri bekerja, ia harus membantu tugasan di rumah dan ia berfikir isterinya sedang mencari kebebasan di luar rumah. Ia mungkin tidak akan menemukan baju atau seluar yang bersih kerana isteri tidak sempat mencucinya. Ia khawatir apabila anak-anak tidak terurus lagi. Ia takut isterinya tidak akan memiliki masa lagi buat mereka berdua.
Bila kebetulan tidak memiliki pembantu rumah tangga, banyak masalah yang akan muncul. Ketika pulang kerja, sudah ada banyak kerja rumah yang harus segera dilakukan. mencuci, memasak, gosok baju, dan lain-lain. Belum lagi tekanan kerja di pejabat. Di rumah anda tahu apa yang harus dilakukan untuk keluarga sedangkan di pejabat anda akan diberitahu apa yang harus dibuat untuk syarikat yang tidak ada kaitannya dengan anda. Anda beralih dari seorang yang menguruskan rumah anda sendiri kepada kedudukan yang lebih rendah iaitu bekerja dengan orang lain.
Lelaki memang ingin memiliki dan pencemburu. Hal ini menunjukkan bahawa mereka menyintai isterinya dan tak ingin kehilangan. Dan suami ingin isterinya tetap menjadi manusia yang feminin dan lembut dalam kehidupan rumah tangga.
Sebagai isteri haruslah berbangga kerana suami menyintainya dan menginginkannya mengurus rumah tangga. Tidak perlu menyesal kerana tidak bekerja setelah dengan tahap kelulusan yang tinggi dalam pendidikan. Menjadi ibu rumah tangga juga merupakan suatu pekerjaan yang mulia. Anda boleh menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk mendidik anak dengan lebih baik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment